Pages

Thursday, March 20, 2008

Fakta Menarik Tentang Filem TAMIL...;p

aku tergelak sendiri bla bace dis post lam message fs aku, seyes sapa yg buat dis post mmg seorg pemerhati yg tekun + peminat setia citer tamil cos kalau die tak tgk, cane die nk wat kan???...


1. Heronya langsung tidak menunjukkan kesakitan walaupun ditumbuk dan dipukul bertalu-talu Oleh musuhnya,tapi bila si heroin cuba mencuci lukanya itu, terus aja..'Adehh,adehhh'!

2. Hero tidak boleh jatuh cinta pada heroin(begitulah sebaliknya) kecuali selepas mereka menari di dalam hujan.

3. Selepas disapu ke muka,mekap heroin takkan luntur sekalipun badannya basah kuyup ditimpa hujan dan ribut petir.

4. Sepasang kekasih menari di tengah padang yang luas terbentang.Tapi eh... tiba- tiba saja ada 100 orang lelaki dan perempuan muncul di belakang mereka,terus menari mengikut rentak dan gerak yang sama.Misteri betul..dari mana datangnya 100 orang itu?

5. Di akhir filem,sang hero mendapati penyangak yang dimusuhinya selama ini adalah abangnya sendiri, orang gaji yang memanjakannya adalah emaknya,ketua inspektor polis(Inspektor sahab) adalah bapanya, pendakwa raya itu sepupunya,hakim adalah bapa saudaranya..begitulah seterusnya,seterusnya dan seterusnya.

6. Dalam setiap filem mesti sebut perkataan-perkataan Inggeris ini,iaitu No Problem,My God!,Get Out!!! Shut up! Impossible! Please Forgive Me! Dan perkataan-perkataan itu mesti disebut dengan kuat.

7. Sepasang kekasih boleh bergolek-golek-golek-golek-golek di atas tanah sambil menyanyi tapi tiba-tiba bangun dengan pakaian yang lain pula!

8. Mereka boleh berlari keliling pokok kelapa,berkejar-kejaran di atas bukit sambil menyanyi,bertentang mata,menjeling-jeling dan tukar pakaian dalam waktu yang cukup singkat tanpa menunjukkan rasa penat

No comments: